Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 ini, YB Tuan Jelaing Anak Mersat dan isteri bersama dengan rombongannya yang terdiri dari YB Datuk Peter Nyarok Anak Entrie, Tuan Pegawai Daerah En. Daniel Supit, beberapa ketua jabatan dan ketua masyarakat dari kaum Iban dan Cina telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah di kawasan Saratok pada 22 September 2009. Diantara rumah yang dikunjungi oleh YB dan rombongannya adalah rumah Pemanca Sahari bin Ghani dan Penghulu Haji Ramlie bin Ismail di Kpg. Melango, Saratok, rumah Penghulu Hamid bin Salleh di Kpg. Bunga Raya, Saratok. Kemudian YB dan rombongan meneruskan kunjungan ke Roban dimana rumah Ketua Kampung Hilir Roban, En. Morshidi bin Well dan rumah En. Gani bin Elli menjadi tumpuan.
Dari pekan Roban, YB serta rombongan kemudian bertolak ke Kpg. Sessang dan berkunjung ke rumah Penghulu Maslem bin Elen, rumah Ketua Kpg. Kiprawi Awg Mat dan Cr. Kamaruddin Haji Ramlie. Selepas itu YB dan rombongan berkunjung ke Kabong dan menyambut Hari Raya bersama penduduk di situ khususnya di rumah Penghulu Saini bin Mahli, Cr. Haji Alwi bin Sapali dan rumah rakan dan sahabat yang lain.
Di dalam kunjungan Aidilfitri ini, jelas terpancar keramahan dan kemesraan YB Tuan Jelaing dengan ketua-ketua masyarakat dan rakyat di kawasan ini. Semangat kekeluargaan yang telah sekian lama wujud diantara kaum Iban, Melayu, Cina dan bangsa lain disini juga jelas masih subur dan terpelihara, mengambarkan bahawa semangat 1Malaysia di Saratok telah bertapak berkurun lamanya.
YB Tuan Jelaing ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakyat di daerah Saratok. Semoga sambutan Hari Raya tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan kemuliaan kepada semua. Maaf dan Ampun juga dipohon dan semoga semangat kekeluargaan dan kesepakatan kekal dan subur sampai bila-bila masa jua.
Dibawah ini dipaparkan beberapa foto kunjungan YB Tuan Jelaing anak Mersat di Saratok sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009.
Kunjungan ke Rumah Pemancha Sahari bin Ghani.
kenapa tak update Blog ni YB? Teringin nak tahu perkembangan di kampung-kampung. E.g : pembangunan dan bantuan rakyat termiskin, aspek kesihatan, kebajikan, pendidikkan, program-program untuk generasi muda..dsbnya.
ReplyDelete