SELAMAT DATANG KE LAMAN SADA SARATOK

Salam Sejathera dan Salam 1Malaysia.

Selamat Datang ke Laman SADA SARATOK. Laman ini akan membolehkan pengunjung yang budiman untuk mengenali Daerah Saratok dengan lebih mendalam serta mendekatkan rakyat dengan pemimpin dari daerah ini khususnya Ahli Parlimen P 205 Saratok YB Tuan Jelaing Anak Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Bagi tujuan ini, pengunjung akan dapat mengetahui peristiwa, program dan aktiviti YB samada di daerah ini mahupun di seluruh pelusok negara. Laman ini juga akan memaparkan beberapa laporan agenda dan program pembangunan yang berlaku di daerah ini. Semoga dengan wujudnya halaman ini, tuan-tuan dan puan-puan akan dapat mendapat manfaat di dalam usaha kita membangunkan daerah yang tercinta ini. Sekian.

Thursday, October 1, 2009

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SARATOK

Kunjungan ke rumah Penghulu Hj. Ramlie bin Ismail


Kpg. Bunga Raya, Saratok

Rumah Penghulu Hamid bin Salleh




Penghulu Hamid menghiburkan tetamu VVIP dengan Violin dan Gambus




Di kediaman En. Morshidi bin Well, Ketua Kpg. Hilir Roban


Sambutan di rumah En. Ghani bin Elli, Kpg. Hilir Roban


Berkunjung ke rumah Penghulu Maslem bin Ellen, Kpg Sessang






Rumah Ketua Kpg. Sessang. En. Kiprawi Awg Mat



Sambutan Hari Raya oleh Cr. Kamaruddin Hj Ramlie, Kpg. Sessang



YB & Isteri serta DO bersama keluarga bahagia Cr. Kamaruddin Haji Ramlie


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SARATOK

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana rakyat Malaysia boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri sekali lagi di dalam suasana yang aman dan penuh dengan keakraban serta dengan semangat kekeluargaan. Suasana sebegini dapat kita nikmati di dalam negara yang kita cintai ini tidak seperti di beberapa buah negara lain yang sedang bergolak akibat dari permusuhan dan ketidakstabilan kaum, agama dan politik.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 ini, YB Tuan Jelaing Anak Mersat dan isteri bersama dengan rombongannya yang terdiri dari YB Datuk Peter Nyarok Anak Entrie, Tuan Pegawai Daerah En. Daniel Supit, beberapa ketua jabatan dan ketua masyarakat dari kaum Iban dan Cina telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah di kawasan Saratok pada 22 September 2009. Diantara rumah yang dikunjungi oleh YB dan rombongannya adalah rumah Pemanca Sahari bin Ghani dan Penghulu Haji Ramlie bin Ismail di Kpg. Melango, Saratok, rumah Penghulu Hamid bin Salleh di Kpg. Bunga Raya, Saratok. Kemudian YB dan rombongan meneruskan kunjungan ke Roban dimana rumah Ketua Kampung Hilir Roban, En. Morshidi bin Well dan rumah En. Gani bin Elli menjadi tumpuan.

Dari pekan Roban, YB serta rombongan kemudian bertolak ke Kpg. Sessang dan berkunjung ke rumah Penghulu Maslem bin Elen, rumah Ketua Kpg. Kiprawi Awg Mat dan Cr. Kamaruddin Haji Ramlie. Selepas itu YB dan rombongan berkunjung ke Kabong dan menyambut Hari Raya bersama penduduk di situ khususnya di rumah Penghulu Saini bin Mahli, Cr. Haji Alwi bin Sapali dan rumah rakan dan sahabat yang lain.

Di dalam kunjungan Aidilfitri ini, jelas terpancar keramahan dan kemesraan YB Tuan Jelaing dengan ketua-ketua masyarakat dan rakyat di kawasan ini. Semangat kekeluargaan yang telah sekian lama wujud diantara kaum Iban, Melayu, Cina dan bangsa lain disini juga jelas masih subur dan terpelihara, mengambarkan bahawa semangat 1Malaysia di Saratok telah bertapak berkurun lamanya.

YB Tuan Jelaing ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakyat di daerah Saratok. Semoga sambutan Hari Raya tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan kemuliaan kepada semua. Maaf dan Ampun juga dipohon dan semoga semangat kekeluargaan dan kesepakatan kekal dan subur sampai bila-bila masa jua.

Dibawah ini dipaparkan beberapa foto kunjungan YB Tuan Jelaing anak Mersat di Saratok sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009.

Kunjungan ke Rumah Pemancha Sahari bin Ghani.